Wednesday, August 24, 2016

ASAM DAGING PEDAS



BAHAN-BAHANNYA
  • 600 gram daging lembu
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 camca teh lada hitam kisar
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

CARANYA :
  1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Tambah daging dan daun kesom, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas). Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

0 comments: